Photobucket

Feb 13, 2013

Sabar Itu Indah



Alhamdulillah ^^, hari ni Allah kejutkan aku untuk bangun qiam. Walaupun agak lewat, pkul 5 baru bangun.  Jam dah bunyi dah pukul 430, tapi hati ni berat sangat nak bangun. tapi ku gagahkan jua (haha, syaitan tak berjaya hasut aku untuk terus tidur. tapi kawan -kawan aku yang lain tak bangun. aku dah kejutkan. semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk bangun qiam esok.)

Urmmm :'( pagi-pagi lagi hati aku dah terusik. Sensitif betul la kau ni. Memang pun, hati aku memang sensitif. tak boleh terusik sikit, pasti akan bergenang air mata.

Aku memang cepat terasa kalau seseorang buat tindakan/perbuatan yang menunjukkan dia tak puas hati/ marah. Lebih-lebih lagi bila depan aku. Campak itu,campak ini. Hempas itu, hempas ini. :'( terasa beb.

Dia marah sebab aku kejutkan dia bangun qiam? Dia marah sebab aku kejukan dia solat subuh? Dia marah sebab aku buka lampu? Dia marah sebab aku baca quran dalam bilik? Aku tak ada jawapan. Hanya Allah sahaja yang tahu

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan ya Allah. Tinggikan lah tahap kesabaran aku ya Allah. Sesungguhnya aku dah tak mampu untuk bertahan lagi ya Allah. Melainkan dengan kekuatan dariMu :'(

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Selama setahun setengah kau boleh bersabar dan bertahan, maka bertahan dan bersabarlah untuk sebulan setengah lagi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Yang paling penting think positive dan berlapang dada ^^,

~vilatarbiah~

No comments:

Post a Comment