Photobucket

Feb 15, 2013

CUTE




Esok 16/2/2013 ada CUTE. Benda alah apalah CUTE ni. CUTE= Computer Unit Trust Exam. Malas mek mok study. Rasa tak semangat jak mok ambil exam tok. Hati kamek sik berapa sihat. Banyak masalah mok pikir. Apa-apa pun, kepada kursus mate selamat menjalani CUTE. Buat biar lulus supaya kita tak perlu bayar. 

Mun lulus exam tok. Kelak boleh jadi Consultance jual saham. Aku tak berapa minat la jual-jual saham ni. Aku tak pandai nak cakap dan bodek orang.hehe. Itulah aku, seorang yaang pendiam dan tak banyak cakap.

~feb~


Hargailah

Jam dah pukul 12.13 tengah malam. Mata dah mengantok sebernanya. Tapi hati tak mengantok lagi. hehe. Nak luah kan sesuatu supaya hati dapat mengantok

Aku akan hargai dia selagi dia berada didepan aku. Tak kiralah dia layan aku macam mana. Buruk ke, baik ke. Imam syafie berkata "Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum".

Aku sedapkan hati dengan berkata "Sebenarnya Allah ingin mendidik aku untuk menjadi ahli Syurga" sebab itu Allah ilham kan kepada dia untuk berbuat jahat kepada aku. Supaya aku belajar erti sabar dan syukur.

Thank you Allah :)

Nabi Muhammad saw juga tetap sabar apabila orang-orang Quraisy bertindak kasar dengan Baginda. Lagi teruk Baginda menerima hinaan. Kau baru sikit cik fizah. So, bersabar ye. Sabar itu indah. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar

Jangan ikutkan emosi dan selalu think positif

Mata dan hati aku dah ngantok beb. Selamat malam :) semoga Allah memberikan aku mimpi indah untuk mengubat hati yang lara. cewaah

~vilatarbiah~

Feb 14, 2013

Nice Picture ^^,



kamek sayang kitak

Kamek suka nangga gambar tok :) gambar candid yang di ambil oleh housemate. Semoga Allah memberikan aku peluang lagi untuk merasai saat ini. Kelak time kitak konvo kamek datang. Doakan :)



Permata Hati

family kamek 

Aku ada masa sebulan je untuk menghabiskan waktu bersama mereka. Lepas ni aku akan duduk dengan orang lain. Sob Sob Sedih. Tak puas rasanya. Tapi apa kan daya jodoh dah menjemput ku. Balik ni aku nak berbakti untuk mereka espacially mak dan abah. Masak untuk mereka (kamek dah pandei masak :) ) dll. Wait for me mak and abah. Acik balik 30 Mac nant. 

Ya Allah, Kau kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani aku masa kecilku. Berilah aku peluang untuk berbakti kepada mereka.

Ya Allah, Kau siramilah hati adik-beradik ku dengan cahayaMu. Sebagaimana Kau sirami cahayaMu untuk ku

Sayang kamu semua kerana Allah

 ~feb~

 berbakti untuk

Darwish & Darwisya


 semoga al Quran terus subur di dalam hati kalian

Sabtu lepas aku pergi Taman Wisma Bapa Kuching dengan anak usrah terchinta :) . Sebenarnya ada program expressi untuk biak sekolah. Tapi biak uni yang ramai. Ada sesi saringan, seorang akhwat tunjuk video biak 3 tahun dah hafal 30 surah. Subhanallah! tercabar kamek. Aku dah 24 tahun ni pun baru beberapa surah yang dihafal. Aku terfikir, sungguh hebat ibu bapa mereka didik mereka.

Pagi tadi aku baru teringat nak buka blog mereka (darwishndarwisya.blogspot.com). Dalam blog ni mama mereka banyak menceritakan kisah-kisah hidup anak-anak dia. Terutama bab menghafal al Quran. Banyak video Darwish dan Darwisya sedang tasmi' surah yang di hafal. Lucu tengok telatah mereka.

Terlintas dalam hati aku yang aku juga inginkan anak-anak aku dapat menghafal al Quran. Aku akan cuba practise cara mama Darwish dan Darwisya. Semoga Allah memperingatkan aku tentang ini pada masa aku mempunyai anak kelak :)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Feb 13, 2013

Waktu Senang & Waktu Susah




Setiap kesusahan dan kesenangan yang Allah berikan adalah ujian daripadaNya. Dalam surah Al Anbiyaa' ayat 35 Allah berfirman:

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." 

Sebelum ni ada jugak lah aku merasa susah, tapi kali ni kesusahan yang aku alami sangat la susah (berapa banyak susah daa). Kepala aku ligat memikirka sesuatu. Bila waktu aku senang, ramai kawan yang aku ada. Bila aku tak undang mereka, mereka selalu ada, maknanya bila aku tak perlukan kan mereka tapi mereka still ada dengan aku. Selalu datang jumpa aku. Bila aku dalam kesusahan, kawan yang aku perlukan tak kunjung tiba. Apatah lagi kawan yang tak di nanti. Satu pun tak ada. Sedih beb. At least tanya lah sesuatu. "Awak ok ke?". Itu pun dah cukup lega bagi aku. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada aku.

When i have a problem (kecek ore putih pulok), aku tak pandai nak sembunyikan. Mesti masalah tu muncul dekat muka aku dan aku lebih suka menyendiri. 

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menanggung dugaanMu ini ya Allah

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
 (Al Baqarah :286)

Mungkin juga ini balasan atas dosa-dosa aku. ampunkan aku ya Allah :'(

"biarkan manusia meninggalkan mu ketika kamu susah, tapi jangan biarkan Allah meninggalkan mu ketika kamu susah"

~I'm really need Allah~

Gembira




Aku gembira bila dengar dia ketawa, bergurau senda bila bersama dengan mereka

Tapi bila dengan aku, dia senyap. Apalagi nak bergurau senda

Ya Allah, tetaplah beri kegembiraan kepada nya

Countdown






tak sabar nak tunggu 30.3.2013


InsyaAllah, lagi 48 hari kamek akan meninggalkan bumi sarawak. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Aku nak berubah menjadi yang lebih baik. Alhamdulillah, dengan tarbiah aku berjaya sedikit demi sedikit berubah ke arah kebaikan. Ya Allah, semoga Kau istiqamahkan hati aku. Ada seorang rakan aku bagi tahu, kalau kita hendak berubah, kita kena berhijrah. Semoga perpindahan aku ini menjadikan aku insan yang lebih baik.

Aku nak berhijrah dekat tempat yang tiada orang pun yang kenal aku.

Dengan hari yang berbaki lagi 48 hari ni, aku ingin meraih kebahagian. Aku tak nak sedih-sedih. Tapi, perkara ni tak kan berlaku. Kesedihan pasti menemani aku. Aku cuba untuk tidak menyakiti hati orang sekeliling aku. Aku cuba untuk bahagiakan orang sekeliling aku. Supaya aku pergi meninggalkan mereka dengan hati yang tenang.

Sabar Itu Indah



Alhamdulillah ^^, hari ni Allah kejutkan aku untuk bangun qiam. Walaupun agak lewat, pkul 5 baru bangun.  Jam dah bunyi dah pukul 430, tapi hati ni berat sangat nak bangun. tapi ku gagahkan jua (haha, syaitan tak berjaya hasut aku untuk terus tidur. tapi kawan -kawan aku yang lain tak bangun. aku dah kejutkan. semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk bangun qiam esok.)

Urmmm :'( pagi-pagi lagi hati aku dah terusik. Sensitif betul la kau ni. Memang pun, hati aku memang sensitif. tak boleh terusik sikit, pasti akan bergenang air mata.

Aku memang cepat terasa kalau seseorang buat tindakan/perbuatan yang menunjukkan dia tak puas hati/ marah. Lebih-lebih lagi bila depan aku. Campak itu,campak ini. Hempas itu, hempas ini. :'( terasa beb.

Dia marah sebab aku kejutkan dia bangun qiam? Dia marah sebab aku kejukan dia solat subuh? Dia marah sebab aku buka lampu? Dia marah sebab aku baca quran dalam bilik? Aku tak ada jawapan. Hanya Allah sahaja yang tahu

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan ya Allah. Tinggikan lah tahap kesabaran aku ya Allah. Sesungguhnya aku dah tak mampu untuk bertahan lagi ya Allah. Melainkan dengan kekuatan dariMu :'(

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Selama setahun setengah kau boleh bersabar dan bertahan, maka bertahan dan bersabarlah untuk sebulan setengah lagi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Yang paling penting think positive dan berlapang dada ^^,

~vilatarbiah~

Feb 12, 2013

Kawan Baru




Tasneem mengambil "Sahabat Baik" nya yang disimpan kemas didalam loker. Ditatap "Sahabat Baik" nya sambil tersenyum. Tasneem mengambil pen yang erat melekat pada badan "Sahabat Baik", lalu Tasneem menari-narikan pen di dada "Sahabat Baik"

Sahabt Baik, dia dah ada kawan baru. Dia dah tak perlukan aku lagi. Patut ke aku undur diri? Dia dah jumpa kawan yang dapat menggembirakan dia. Aku akui yang aku banyak kekurangan. Aku ni pendiam. Semua orang tak nak kawan dengan aku sebab aku ni pendiam. Aku tak ramah macam kawan baru dia. Kawan baru dia ambil berat pasal dia, dia pun ambil berat pasal kawan baru dia.

Bila aku ambil berat pasal dia, dia rasa rimas dan dia kata aku bukan ahli keluarganya. Kenapa nak sibuk-sibuk ambil tahu pasal dia. Ya Allah, time tu berkecai hati aku. Terasa macam ada panah yang menyucuk dada ni. Pedih. Adakah itu tandanya dia tak suka aku ni jadi kawan dia? Selama ni aku dah anggap dia as sahabat baik aku, tapi aku tak tahu sama ada dia anggap aku ni sahabat baik dia atau tak. Urmm, bertepuk sebelah tangan aku ni.

Hati ni membuak-buak untuk care pasal dia, tapi aku takut dia rasa rimas. Sebab banyak sangat bertanya.

Aku nak tanya dia, "awak dah makan?" "assignment awak macam mana?" "usrah ke bawah minggu ni dah buat" tapi aku batalkan. Untuk legakan perasaan aku ni. Aku berdoa kepada Allah, "Ya Allah, semoga sahabat aku ni dah makan" "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan dia" aku tak mampu untuk bertanya kepadanya. Aku risau aku akan merimaskan dia.

Walau apa pun tanggapan dia kepada aku, dia tetap sahabat baik aku selamanya. Kerana dia orang pertama yang mengajak ke arah kebaikan. Dia memberi akau semangat untuk terus berada di jalan dakwah ini. Semoga Allah mempertemukan kami di syurga

Tasneem mengesat air mata yang mengalir dan menutup kembali "Sahabat Baik". Tasneem merasa lega.