Photobucket

Feb 12, 2013

Kawan Baru




Tasneem mengambil "Sahabat Baik" nya yang disimpan kemas didalam loker. Ditatap "Sahabat Baik" nya sambil tersenyum. Tasneem mengambil pen yang erat melekat pada badan "Sahabat Baik", lalu Tasneem menari-narikan pen di dada "Sahabat Baik"

Sahabt Baik, dia dah ada kawan baru. Dia dah tak perlukan aku lagi. Patut ke aku undur diri? Dia dah jumpa kawan yang dapat menggembirakan dia. Aku akui yang aku banyak kekurangan. Aku ni pendiam. Semua orang tak nak kawan dengan aku sebab aku ni pendiam. Aku tak ramah macam kawan baru dia. Kawan baru dia ambil berat pasal dia, dia pun ambil berat pasal kawan baru dia.

Bila aku ambil berat pasal dia, dia rasa rimas dan dia kata aku bukan ahli keluarganya. Kenapa nak sibuk-sibuk ambil tahu pasal dia. Ya Allah, time tu berkecai hati aku. Terasa macam ada panah yang menyucuk dada ni. Pedih. Adakah itu tandanya dia tak suka aku ni jadi kawan dia? Selama ni aku dah anggap dia as sahabat baik aku, tapi aku tak tahu sama ada dia anggap aku ni sahabat baik dia atau tak. Urmm, bertepuk sebelah tangan aku ni.

Hati ni membuak-buak untuk care pasal dia, tapi aku takut dia rasa rimas. Sebab banyak sangat bertanya.

Aku nak tanya dia, "awak dah makan?" "assignment awak macam mana?" "usrah ke bawah minggu ni dah buat" tapi aku batalkan. Untuk legakan perasaan aku ni. Aku berdoa kepada Allah, "Ya Allah, semoga sahabat aku ni dah makan" "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan dia" aku tak mampu untuk bertanya kepadanya. Aku risau aku akan merimaskan dia.

Walau apa pun tanggapan dia kepada aku, dia tetap sahabat baik aku selamanya. Kerana dia orang pertama yang mengajak ke arah kebaikan. Dia memberi akau semangat untuk terus berada di jalan dakwah ini. Semoga Allah mempertemukan kami di syurga

Tasneem mengesat air mata yang mengalir dan menutup kembali "Sahabat Baik". Tasneem merasa lega.

No comments:

Post a Comment