Photobucket

Dec 6, 2010

Hari ke-2 berkhidmat di Taska Maju IQ

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni adalah hari ke-2 ana bekerja. Tugas sebagai pengasuh taska makin bertambah. Tapi alhamdulillah menyeronokkan. Pukul 6.15 am ana dah turun ke ruang tamu. Buka gate, selak langsir, bentang tilam. Tunggu kedatangan anak-anak taska. 1st yang datang adalah Yasmeen (budak mix Malay-Chinese) patutla muka dia macam cina. Nak dipendekkan cerita, tunggu punya tunggu akhirnya semua anak-anak taska dah datang. Ada yang masih tidur. Pukul  8.00 am kejutkan mana yang tidur kemudian ajak mandi. Pukul 8.30 am sarapan pagi. Lepas sarapan kumpulkan semua di ruang tamu. Dengar diorang baca doa lepas makan, nyanyi lagu ABC, 123, alif ba tha, Jika gembira dan banyak lagi. Baca al-Fatihah, 3 Qul dan doa penerang hati. Kemudian lepaskan diorang main dekat halaman rumah. Gate kena kunci, kalau tidak nanti diorang keluar ke jalan raya. Main, main, main sampai lah pukul 1030 am. 

Lepas tu ana bercerita kat budak-budak ni tentang kisah Nabi Adam a.s. Sebelum tu kena nyanyi lagu 25 orang Rasul dulu. Sebelum ana nak bercerita pagi ni, malam tadi ana dah prepare siap-siap jalan cerita nya. Macam prepare nak bagi bahan dalam HQ la pulak. So, dalam cuti ni ada lah jugak ana 'memberi'. Alhamdulillah. Plan nya nak habiskan kisah 25 orang Rasul dalam bulan Disember ni. InsyaAllah. 

Plan lain jugak, ana nak ajar budak-budak umur 7 sampai 10 tentang solat. Dekat taska ni, mengaji di ajar tapi solat tak di ajar pulak. Memandangkan diorang ni berada di taska ini pada bulan Disember ni je. Jadi ana ambil kesempatan ni untuk ajar diorang. Tak banyak, sikit pun jadi. Bak kata seorang akhwat ni "Jika kita tak mampu nak buat semua, jangan tinggalkan semua". Ana pegang kata-kata ni sampai sekarang. Lagi satu, kata-kata ni pun buat ana sangat berhati-hati bila melakukan sesuatu perkara, "Berbuatlah sesuka hatimu di dunia ini, kelak di akhirat kamu akan dipersoalkan". Jadi, cuba ambil peluang ni untuk mentarbiah diorang. Dalam proses untuk mentarbiah pengasuh-pengasuh taska ni jugak ni.hehe. 

Tapi tadi tak berkesempatan nak ajar diorang solat. InsyaAllah, hari rabu ni akan bermula. Esok cuti, awal Muharram. Dah pesan siap-siap kat diorang bawa telekung dan pakai seluar panjang. Sambung balik cerita yang kat atas tadi, lepas je ana bercerita, dalam pukul 11.30 am diorang lunch. Macam biasa, ana kena suapkan budak-budak yang kecil-kecil ni. Lebih kurang umur 2 tahun sampai 4. Ada yang tak nak makan. Paksa-paksa pun tak nak makan jugak. Urmmm, apalah diorang ni nak suapkan pun tak nak. Kul 12 tengah hari tidur. Dengan pengasuh-pengasuh pun tidur jugak (ana pun ambil kesempatan untuk Qailulah.hehe). 

Pukul 3 diorang bangun, tengok movie cartoon. Pukul 4 diorang makan petang. Lepas tu mandi. Ana mandikan, kak Syafiza tolang pakaikan pampers. Ana tak cekap pakai kan pampers sambil budak-budak ni berdiri, kak syafiza cekap dan cepat. Nant nak belajar dengan dia la.hehe. Kak syafiza ajar diorang mengaji. Pukul 6 diorang dah tunggu parents datang ambil di ruang tamu.

Macam ni lah hari-hari tugas ana as pengasuh taska. Ada la serba sedikit yang ana belajar macam mana nak buat sesuatu dengan cepat dan tepat.

Pengalaman itu bukan dicari, tapi untuk dirasai.

Salam Maal Hijrah (1432 H)


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru hijrah. Salam Maal Hijrah buat semua. yang mengenali diri ini mahupun tidak. InsyaAllah esok (7 Disember 2010) kita akan meraikan tahun baru hijriah. Disini ana nak kongsikan doa akhir tahun dan juga doa awal tahun. Semoga semua dosa kita di ampunkan dan amalan kita selama ini diterima Allah. Semoga kita menjadi insan yang lebih berilmu, beragama dan bertaqwa hendaknya.

Doa akhir tahun:
Dibaca selepas masuk waktu asar sehingga sebelum masuk waktu maghrib



Doa awal tahun:
Dibaca selepas masuk waktu maghrib.


Hijrahkan lah dirimu kearah kebaikan...bukan ber'hijrah' bila nak masuk tahun baru je..tapi tiap-tiap hari kita kena ber'hijrah'.




Dec 5, 2010

T-shirt Muslimah Aisya Collection's

Assalamualaikum w.b.t

T-shirt Muslimah Aisya Collection's

  • Mempunyai 8 jenis design
  • Fabrik yang berkualiti
  • Saiz dari S hingga XXXL
  • Ada poket disebelah kanan baju
  • Potongan berbentuk "A"
Contoh design dan warna baju:




  • Boleh sms ana (0138202416), jika berminat

Dec 4, 2010

1st Day at Taska Maju IQ




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..setelah 4 hari berusaha mencari part time job, akhirnya Allah mempermudahkan..ana sengaja cari kerja di taska-taska..sebab ana memang suuuka sangat-sangat ngan budak-budak!! lagi-lagi yang bayi..comel sangat! :) ana apply semua taska yang ada kat KL..tapi semuanya nak yang full time :( never give up..cuba lagi..cari punya cari jumpa ngan Taska Maju IQ..send mesej kat pemilik taska "salam.puan ila.nak tanya, ada lagi x kekosongan kerja di taska puan? Tapi selama sebulan shj. Sepanjang bulan disember ni. Nak cari pengalaman bekerja." Selang beberapa minit, puan ila mesej "bila boleh datang kerja" time tu memang happy sangat-sangat. senyum sampai ke telinga. :)

Ari jumaat pagi, terus siap-siap kemas barang and ready untuk bekerja. Tempat tinggal dan makan minum di tanggung majikan..happy lagi :) Dari rumah ke KL sentral. Naik KTM ke Bangi. Puan Ila cakap sampai KTM Bangi, ambil teksi ke Taman Impian Putra. Tapi kat situ tak de teksi, yang ada prebet sapu. Prebet pu prebet la. Pusing punya pusing tak jumpa Jalan Impian Purta 4/4.Aduh!! cam mana ni. Call puan Ila . Bagi puan bercakap ngan pak cik prebet. Akhirnya jumpa Taska Maju IQ. Sampai je depan pintu pagar taska di sambut baik dengan kak syafiza (staff taska). Wah! ramainya budak-budak.

Budak-budak ni ada jadual tau. Tak macam ana, jadual harian pun tak de. Kalau ada, satu pun tak ikut..hehe..

Antara tugas yang ana buat for the 1st day like suap diorang makan. Suap untuk yang kecil-kecil je. Lebih kurang 9 orang. Duduk mengadap ana. Baca doa makan. Baru nak ambil nasi, semua mintak "nak-nak", "nak nasi teacher", "Nak ayam", "Nak kentang dengan carrot". Seronok betul tengok diorang. Macam suap kat anak sendiri pulak..hehe..Lepas tu, baca doa lepas makan sekali dengan doa tidur. Berlari la diorang ni ambil tilam and bantal. Tersusun je diorang tidur. Time ni la masa nak rehat.hehe.

Lepas bangun tidur, minum petang, mandi, mengaji..Lepas tu duduk dekat ruang tamu tunggu parents datang ambil..Bag dah letak siap-siap dekat rak depan pintu.lepas sorang, sorang yang balik..yang akhir sekali balik baby Imran..comel budak ni. dah la putih..suka senyum plak tu..

Lepas diorang semua dah balik, baru dapat rehat..

Penat tu memang penat, tapi bila tengok telatah and gelagat diorang, penat tu hilang. Terhibur sedikit. Ada yang panggil ana cikgu fiza la, teacher fiza la. tapi yang paling sejuk hati bila diorang panggil ana ustazah fiza. :)