Photobucket

Dec 4, 2010

1st Day at Taska Maju IQ




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..setelah 4 hari berusaha mencari part time job, akhirnya Allah mempermudahkan..ana sengaja cari kerja di taska-taska..sebab ana memang suuuka sangat-sangat ngan budak-budak!! lagi-lagi yang bayi..comel sangat! :) ana apply semua taska yang ada kat KL..tapi semuanya nak yang full time :( never give up..cuba lagi..cari punya cari jumpa ngan Taska Maju IQ..send mesej kat pemilik taska "salam.puan ila.nak tanya, ada lagi x kekosongan kerja di taska puan? Tapi selama sebulan shj. Sepanjang bulan disember ni. Nak cari pengalaman bekerja." Selang beberapa minit, puan ila mesej "bila boleh datang kerja" time tu memang happy sangat-sangat. senyum sampai ke telinga. :)

Ari jumaat pagi, terus siap-siap kemas barang and ready untuk bekerja. Tempat tinggal dan makan minum di tanggung majikan..happy lagi :) Dari rumah ke KL sentral. Naik KTM ke Bangi. Puan Ila cakap sampai KTM Bangi, ambil teksi ke Taman Impian Putra. Tapi kat situ tak de teksi, yang ada prebet sapu. Prebet pu prebet la. Pusing punya pusing tak jumpa Jalan Impian Purta 4/4.Aduh!! cam mana ni. Call puan Ila . Bagi puan bercakap ngan pak cik prebet. Akhirnya jumpa Taska Maju IQ. Sampai je depan pintu pagar taska di sambut baik dengan kak syafiza (staff taska). Wah! ramainya budak-budak.

Budak-budak ni ada jadual tau. Tak macam ana, jadual harian pun tak de. Kalau ada, satu pun tak ikut..hehe..

Antara tugas yang ana buat for the 1st day like suap diorang makan. Suap untuk yang kecil-kecil je. Lebih kurang 9 orang. Duduk mengadap ana. Baca doa makan. Baru nak ambil nasi, semua mintak "nak-nak", "nak nasi teacher", "Nak ayam", "Nak kentang dengan carrot". Seronok betul tengok diorang. Macam suap kat anak sendiri pulak..hehe..Lepas tu, baca doa lepas makan sekali dengan doa tidur. Berlari la diorang ni ambil tilam and bantal. Tersusun je diorang tidur. Time ni la masa nak rehat.hehe.

Lepas bangun tidur, minum petang, mandi, mengaji..Lepas tu duduk dekat ruang tamu tunggu parents datang ambil..Bag dah letak siap-siap dekat rak depan pintu.lepas sorang, sorang yang balik..yang akhir sekali balik baby Imran..comel budak ni. dah la putih..suka senyum plak tu..

Lepas diorang semua dah balik, baru dapat rehat..

Penat tu memang penat, tapi bila tengok telatah and gelagat diorang, penat tu hilang. Terhibur sedikit. Ada yang panggil ana cikgu fiza la, teacher fiza la. tapi yang paling sejuk hati bila diorang panggil ana ustazah fiza. :)



1 comment: