Photobucket

Jul 23, 2011

Ujian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam mintak balik awal dengan bos sebabnya nak pergi "hospital" jengok "dia". Pergi dengan cik norm. Dalam perjalanan pulang asyik terfikirkan "dia". Teruk ke "sakit" dia. Sampaikan tersesat masa nak balik. Boleh pulak lupa jalan nak balik. Tapi alhamdulillah, jumpa jalan balik. Ikut jalan BDC. 

Terus kan perjalanan sampai ke gate ke-3 Unimas. Tunggu cik norm dekat situ. Sampai dekat "hospital" terus nampak "dia". Terkejut tengok keadaan "dia". Sedih. Jumpa "doktor" tanya keadaan "dia" macam mana.
"Doktor macam mana dengan dia?", tanya aku

"Teruk, itu "jantung" kena tukar ma", jawab Doktor

"Berapa kos tukar?", tanya aku lagi

"Dalam 300 ma", Jawab Doktor

"Astaghfirullah, mahal nya. Mana nak cari duit ni", jawab aku dalam hati

Cin norm menyampuk, "Tak pe "doktor", kita orang bincang dulu macam mana. Malam ni kita orang bagi tahu. Nak operate atau tidak".

Kami pun pulang

Cik Norm ke Masjid Unimas. Aku ke Desa Ilmu.

Dalam perjalanan nak ke Desa Ilmu, macam-macam yang aku fikirkan. Terutamanya, pasal duit. Macam mana nak dapat kan duit dalam masa terdekat ni. Tetiba air mata mengalir. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini. Ya Allah, bantu aku.

Tiba-tiba teringat kenangan masa mula-mula ambil "dia"

Ingat lagi, masa aku mula-mula ambil "dia". "Dia" dalam keadaan yan sihat. Jadi, aku ingin pulang kan "dia" semula dalam keadaan yang sihat juga. Hari itu "dia" dan aku terlibat dengan kemalangan. Aku tak teruk sangat. Tapi "dia" sangat terus. Bibir dan mata "dia" pecah. Tengkok "dia" benggok sikit. Cepat-cepat bawa "dia" ke "hospital". Alhamdulillah, dalam sehari dia dah pulih. Dah boleh pergi ronda-ronda dan pergi kerja sama-sama. 

Tapi hari khamis lepas, "dia" terbatuk-batuk masa pulang dari tempat kerja. Lepas tu terus "dia" tak dapat berjalan. Sampai lah hari ini.

Aku sangat perlukan seseorang untuk share masalah. Hanya dia dalam fikiran ku. Aku mesej dia yang aku perlukan dia saat ini. Tapi dia tak reply mesej aku. Aku hampa. Tapi aku cuba untuk bersangka baik.

Ana dapat mesej dari hamba Allah ni

Sabarlah..apabila Allah uji, ertinya Allah sayangkan hambaNya.

Dalam surah Al Baqarah:286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Jul 21, 2011

Again. "He at hospital"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Seusai siap solat asar, aku terus ke pejabat. Lihat jam di dinding baru 4.50 petang. Ada 10 minit lagi nak balik. Kemas-kemas barang. Cun-cun pukul 5 petang. Tandatangan kehadiran pulang.

"Kak Ling, balik dulu", aku memberitahu bos.
"Oh, ok. Bye", Kak Ling membalas.

Hidupkan enjin motor yamaha (entah tak tahu siapa yang punya, aku pinjam je. Dah sebulan lebih aku pinjam. Tapi tak tahu siapa empunya motor ni. Pinjam guna orang tengah). Broom! Motor meluncur perlahan menuruni bukit (kena hati-hati, kalau tak boleh tergolek di buat nya. Cukuplah sekali).

Aku bawa motor seperti biasa bak minah rempit..tapi berhati-hati. Motor meluncur laju melalui Bangunan Wisma One. Selit sana, selit sini. Belok kanan, belok kiri. Akhirnya sampai di bulatan pertama menuju ke Kota Samarahan. Agak sesak sedikit. Tapi terkawal. Tetiba ada kereta Myvi berhenti di tepi jalan.

"Ada accident ke? or kereta ni rosak", aku bermonolog dalam hati.
Bromm! aku mengejar geng-geng motor yang lain. Mana la tahu, tetiba ada road block dekat jambatan samarahan. Sekurang-kurangnya tak la encik polis nampak aku. Sampai kat jambatan, alhamdulillah. Tak ada road block. aku pun apa lagi, pecut arrr. Brommmm!
Tetiba

Nak turun jambatan Samarahan, motor aku jadi perlahan

"Alahai, kenapa dengan motor ni? Minyak habis ke?", aku mengomel dalam hati.

Bagi signal ke kiri. Tup-tup motor berhenti kat tepi jalan.

"Astaghfirullah, apasal pulak motor ni", aku berkata.

Cuba matikan enjin dan hidupkan kembali. Dapat dihidupkan. Masuk gear 1. Tekan minyak.

"Aik? Apasal tak nak jalan ni", kata aku lagi.

Matikan enjin, cuba check minyak. Banyak lagi ni. Apa yang rosak.

Cuba mesej kak normah, bagi tahu motor mati dekat tepi jalan. Dapat hidup tapi tak nak bergerak.

Selang beberapa minit, Erma call.

"Motor ok ke Fizah", tanya Erma.
"Apasal berhenti tepi jalan." tanya dia lagi.

"Motor tak dapat jalan. Tapi hidup", jawab aku.

"Owh, jap ye kita pusing balik", kata Erma

10 minit kemudian, Erma sampai.

Erma, motor tetiba perlahan. Lepas tu tak dapat bergerak. Tengok ni", kata aku

Aku cuba masuk gear satu dan menekan minyak (demo kat Erma)

"Kena call mechanic ni", kata Erma

Mechanic kul 630 petang baru boleh datang.Sekarang pukul 530 petang. Sejam kena tunggu.

Nak dipendekka cerita.

Kami cuba untuk mengiringi motor ni ke bengkel yang berhampiran. Tapi tak berjaya. Aku tak pandai nak seimbangkan. Kami pun give up. Decide untuk tolak je motor ni ke bengkel. Bayangkan dari jambatan hinggalah ke round about ke-3 Samarahan baru ada bengkel. Sekejap je tolak, lepas tu dah tak larat.

Erma kata "Kalau kita tolak, sampai-sampai je dekat bengkel. Tup-tup bengkel tutup.Baik kita tunggu je la mechanic tu datang".

Kami pun tunggulah mechanic tu datang. Sambil tunggu, sambil menikmati pemandangan senja kota samarahan. Cantik. Subhanallah.Erma sempat ambil gambar. Sambil makan chips more (nampak sangat yang kami ni lapar).

Sesungguhnya ciptaan Allah S. W. T. yang sempurna mempunyai nilai estetika dan menimbulkan rasa kesenangan. Kejadian alam yang indah itu seharusnya mengingatkan manusia kepada Penciptanya dan menambahkan lagi keimanan mereka terhadap-Nya. Allah S. W. T.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.”

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”
( Qur’an  Surah Ali ‘Imran : 190 – 191)

Dah 630 petang, tapi tak juga datang mechanic ni. Kul 650 petang baru sampai mechanic ni. Alhamdulillah. 

Dia check motor.

"Ni enjin yang rosak ni, nak kena hantar bengkel. Saya tak bawa alat", kata mechanic.

"Saya bawa motor ni ke bengkel, saya bagi motor saya dekat kamu. Untuk guna pergi kerja. Malam nanti saya hantar motor ke rumah kamu".

"Ok pak cik", jawab aku dan Erma

Erma hantar aku balik ke rumah.

Tamat

Ni kali ke-dua si hijau hitam masuk hospital. Kali ni macam lebih serius. Dada "dia" sesak. Mungkin juga jantung "dia" tersumbat. Petang ni baru nak jenguk dia dekat hospital belakang Unimas. Harap-harap dia tak serius. Ada masalah sikit bab-bab nak bayar ni. hehe. Semoga Allah permudahkan.

"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (2:155)

Semoga aku kuat dalam mengharungi ujian ini.

Jul 15, 2011

Genap Setahun Pemergiannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hari ini masih lagi di beri kesempatan untuk merasai 'hari ini'. 

15 Julai 2010 adalah tarikh yang sangat menyedih bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah, sebelum pemergiannya Allah memberi kesempatan kepada ana untuk menatap dan berjasa kepada beliau.

Itulah kali pertama dan terakhir ana berbual dengan tok ayah (atuk) setelah 5 tahun tak berjumpa. Tok ayah ada bagi tahu dekat mak cik, "cucu-cucu aku dekat KL tak nak kelik ko jengok aku". Zuppp! ana terus terdiam. Ana berkata dalam hati. "Cuti sem dua bulan nant, aku nak balik kg. Jenguk tok ayah dan nenek". 

Masa ana sampai dekat kg, nenek bagi tahu tok ayah dah dua minggu tak makan (memang kurus sangat tok ayah masa tu. sedih tengok keadaan tok ayah). Dalam mulut tok ayah ada ulser. Jadi minum je boleh. Bila nak makan tak dapat. Sakit katanya.Tok ayah dah 14 tahun kena stroke (lumpuh separuh badan). Tok ayah tak pernah tinggalkan solat walaupun dia lumpuh. Masa duduk dekat hospital pun tok ayah tak tinggal solat, selalu ingatkan ktorang untuk ambil kan wudu' untuk dia.

Masa dua minggu cuti, tok ayah di masuk kan ke wad. Sebab tiub salur air kecil tok ayah tersumbat. Jadi kena tukar baru. Tok ayah tak nak pergi, tapi abah dan pak cik pujuk suruh pergi. Jadi kena la tahan dekat wad dua tiga hari. Kami anak beranak (abah, angah dan ana) bergilir-gilir jaga tok ayah kat hospital. Malam nya abah yang jaga. Pastu pagi sampai petang ana dan angah yang jaga. Siap bawa laptop lagi. Main fb. hehe. Boring ba duduk ctok. Ana dan angah sempat bergurau lagi dengan tok ayah. Angah layan tok ayah macam budak kecil. Suh minum susu. Manis sangat kenangan masa tu. Tengok tok ayah senyum. Sejuk rasa hati.

Ktorang dah nak balik semula ke KL, tapi tok ayah tak di benarkan balik lagi. Sebak nak tinggalkan tok ayah masa tu. Tok ayah menagis, coz anak sulung dia nak balik (abah ana)Tapi apa boleh buat. Kena juga balik KL. Coz selang beberapa hari lagi ana akan balik semula ke UNIMAS.

Selang beberapa hari duduk dekat UNIMAS, pak cik mesej bagi tahu tok ayah dah tak nak makan dan minum. Dah dua hari. 

15 Julai 2010 pukul 2.00 petang, pak cik mesej bagi tahu tok ayah dah tak de. Kul 3 ptg angah call bagi tahu diorang dah on the way balik kg. Time tu ana punya menangis nak ikut balik kg. Tapi angah tak bagi. Cz tak cukup duit untuk beli tiket flight ke kelantan.

Masa dekat hospital tu la first and last ana jumpa dekat tok ayah. 


Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat. Semoga tenang di sana. Amin

ismi nhmz
4.02 pm
DASwk

Jul 13, 2011

Aku Yang 'Excited'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk merasai segala nikmat kurniaan-Nya.

Semalam (11 Julai 2011) sampai awal kat tempat kerja. Kul 7.37 pagi dah terpacak dekat depan pintu. Thanks to erma coz sudi tumpang kan (hanya Allah yang dapat membalasnya). Sampai-sampai terus ambil wudu' dan solat dhuha. Rasa malas nak buat kerja dalam pejabat.Ambil laptop, duduk dekat ruang tetamu/belajar. Siapkan laporan Dr.Ong (kena hantar hari ini juga). Jika ada kesalahan, sempat untuk di baiki. Sambil-sambil tu, online kejap. hehe. buka email and fb. Buka-buka email, Dr. K post dekat Isma Sarawak

"Tahniah diucapkan buat akh Zainizam, Pengurus AP Sarawak kerana dikurniakan seorang cahayamata perempuan pada pukul 7.47am tadi, erbata tak tahu lagi (sebab tengah timbang)...semoga menjadi penyejuk mata ayah bonda dan mujahidah Islam dimasa akan datang....dari semua ahli ISMA Sarawak"

Masa baca tu, ana lah orang yang paling 'excited'. Tak sabar tunggu kelahiran 'anak buah' yang seorang ini. Sejak kak grah masuk hospital malam 9 Julai, ana mesej dan tanya dia macam-macam.

Petang tu, balik dari tempat kerja terus pergi ziarah k.grah dan baby. Dalam perjalanan tup tup hujan. Cepat-cepat ana berjalan, tapi apa kan daya. Hujan lagi cepat dari ana. Habis lencun.

Selain ana, k.normah, ayu dan sha ikut sama pergi ziarah. Ktorg laju je berjalan menuju ke lif. Takut k.grah dah balik. Naik ke tingkat 5B. Sampai-sampai, ktorang cari k.grah.

Nurse dekat situ tanya, "Cari siapa?".
Ktorabg jawab, "Nazirah Bol".

Tup-tup akhi zainizam keluar. Kat sini.Patut la tak jumpa, tirai di tutup (kak grah tengah menyusukan baby).
Ktorang pun serbu tup-tup baby menangis (tu la korang, lain kali bagi salam dulu.hehe.excited nak tengok baby). Muka kak grah pucat + lesu (penat kot). Semua pegang baby execpt ayu. Rugi beb. hehe. Borak-borak, lepas maghrib baru kami balik.

Alhamdulillah,
11 Julai 2011, kak grah telah selamat bersalin.

 ni lah dia penyejuk mata ukht grah dan zauj
(mata cam k.grah-sepet.hehe)

'ammah sayang awak'

Tahniah sekali lagi buat ukht nazirah dan akhi zainizam

Jul 1, 2011

Jatuh, bak nangka busuk

Dengan Nama Allah Yanh Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualikum wbt

Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi peluang untuk ana bernafas. Walaupun semalam ana ditimpa musibah, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’ (jatuh motor, aduss! betapa sakitnya..macam nangka busuk jatuh). Terseret tapak tangan dan lutut dekat jalan tar, perrgh! pedih. Mungkin atas kesilapan ana sendiri (tu la, rempit sangat). Sakit dan musibah sebenarnya penghapus dosa seorang muslim.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Alhamdulillah, terima kasih kerana Allah masih sayang kan aku


Jam menunjukkan pukul 7.30
Astaghfirullah! dah lewat ni. Mahu pukul 8 lebih baru samapi medik. Ambil kunci motor, helemet. Eh, check minyak dulu, kang tak pasal-pasal mati kat tengah jalan. Astaghfirullah, kering..sempat ke ni nak pergi isi minyak..arrr isi minyak dulu. Pergi station minyak desa ilmu. Perrgh! ramainya. Apa lagi menyelit la. Brroom! pergi ke pam depan (maaf pak cik-pak cik, abang-abang. saya dah lewat. he! buat muka tak bersalah. hafizah, hafizah)

Alhamdulillah dah isi, jom! terus kan perjalanan yang mengambil masa 30 minit ni (mahu kejang di buatnya). Broom!! motor meluncur laju (bak minah rempit jalanan. astaghfirullah, hari ini je.he!). Pecut! sekejap ke kiri, sekejap kekanan. Selit sana, selit sini..

Sampai di traffic light wisma one (stop motor dekat bahagian depan sekali.haha! ni jalan aku yang punya.). Tengok jam, alamak dah pukul 8. jauh lagi ni. Cepat fizah! cepat !..Polis traffic tiup wisel, apalagi broomm! pecut! (macam main lumba lari, dengar wisel terus pecut). Sampai simpang tiga. Wah! banyaknya kereta. Traffic jam dibuatnya. Alhamdulillah naik motor. Boleh selit-selit. Selit punya selit..bangg! (alamak, terlanggar side mirror kereta sebelah. sory bang..he!)

Ku terus memecut motor. Sampai simpang hospital belok kiri. Alhamdulillah tak jam. Kalau tak berminit-minit juga nak tunggu. Dah la jalan tu muat sebuah kereta je (mintak kepada pihak yang berkenaan supaya meluaskan jalan dalam hospital untuk mengelakkan kesesakan. harap maklum. he!). 

Masuk simpang ke fakulti medik. Sampai pintu gate fakulti medik, ada motor nak keluar. Apalagi brekkkk! gedebukk! jatuh. Muka cium bumi. Rasa macam cermin helmet melekat dekat muka. Cermin mata melekat dekat mata.Ketat!. 

Weh! tolong-tolong, kata pak guard dekat situ.
Pak guard dan abang yang naik motor tolong angkat. Cepat-cepat ana bangun (nak cover malu. haha! sempat lagi). Alhamdulillah tak ramai sangat orang masa tu. Bagun-bangun je terus check motor, tak hiraukan diri sendiri. Sebab motor tu motor kawan (abis la mun banyak yang rosak). Alihkan motor ketepi. Check tangan, check lutut (kain dekat bahagian lutut terkoyak). Rasa pedih dekat tapak tangan dan lutut. Mata motor patah. Bibir motor pecah. Tengkuk motor bengkok sikit. Kesian 'dia' (maaf ye wak). Tak pasal-pasal.

Start motor, paking dekat tempat yang sepatutnya. Naik lif tingkat 7. Duduk dekat kerusi, terus baring. Tetiba rasa pening. Mungkin kesan hentakan dekat kepala (Alhamdulillah pakai helmet, tak la teruk sangat)..
itulah cik fizah! lain kali hati-hati. Jangan kelam kabut sangat. Ingat tu!

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai/menggunakan nikmat pancaindera ini. Cuma sakit-sakit sikit je.
Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. 
(HR. Muslim no. 2573).
Bersyukurlah bila ditimpa sakit atau musibah :)