Photobucket

Jul 1, 2011

Jatuh, bak nangka busuk

Dengan Nama Allah Yanh Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualikum wbt

Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi peluang untuk ana bernafas. Walaupun semalam ana ditimpa musibah, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’ (jatuh motor, aduss! betapa sakitnya..macam nangka busuk jatuh). Terseret tapak tangan dan lutut dekat jalan tar, perrgh! pedih. Mungkin atas kesilapan ana sendiri (tu la, rempit sangat). Sakit dan musibah sebenarnya penghapus dosa seorang muslim.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Alhamdulillah, terima kasih kerana Allah masih sayang kan aku


Jam menunjukkan pukul 7.30
Astaghfirullah! dah lewat ni. Mahu pukul 8 lebih baru samapi medik. Ambil kunci motor, helemet. Eh, check minyak dulu, kang tak pasal-pasal mati kat tengah jalan. Astaghfirullah, kering..sempat ke ni nak pergi isi minyak..arrr isi minyak dulu. Pergi station minyak desa ilmu. Perrgh! ramainya. Apa lagi menyelit la. Brroom! pergi ke pam depan (maaf pak cik-pak cik, abang-abang. saya dah lewat. he! buat muka tak bersalah. hafizah, hafizah)

Alhamdulillah dah isi, jom! terus kan perjalanan yang mengambil masa 30 minit ni (mahu kejang di buatnya). Broom!! motor meluncur laju (bak minah rempit jalanan. astaghfirullah, hari ini je.he!). Pecut! sekejap ke kiri, sekejap kekanan. Selit sana, selit sini..

Sampai di traffic light wisma one (stop motor dekat bahagian depan sekali.haha! ni jalan aku yang punya.). Tengok jam, alamak dah pukul 8. jauh lagi ni. Cepat fizah! cepat !..Polis traffic tiup wisel, apalagi broomm! pecut! (macam main lumba lari, dengar wisel terus pecut). Sampai simpang tiga. Wah! banyaknya kereta. Traffic jam dibuatnya. Alhamdulillah naik motor. Boleh selit-selit. Selit punya selit..bangg! (alamak, terlanggar side mirror kereta sebelah. sory bang..he!)

Ku terus memecut motor. Sampai simpang hospital belok kiri. Alhamdulillah tak jam. Kalau tak berminit-minit juga nak tunggu. Dah la jalan tu muat sebuah kereta je (mintak kepada pihak yang berkenaan supaya meluaskan jalan dalam hospital untuk mengelakkan kesesakan. harap maklum. he!). 

Masuk simpang ke fakulti medik. Sampai pintu gate fakulti medik, ada motor nak keluar. Apalagi brekkkk! gedebukk! jatuh. Muka cium bumi. Rasa macam cermin helmet melekat dekat muka. Cermin mata melekat dekat mata.Ketat!. 

Weh! tolong-tolong, kata pak guard dekat situ.
Pak guard dan abang yang naik motor tolong angkat. Cepat-cepat ana bangun (nak cover malu. haha! sempat lagi). Alhamdulillah tak ramai sangat orang masa tu. Bagun-bangun je terus check motor, tak hiraukan diri sendiri. Sebab motor tu motor kawan (abis la mun banyak yang rosak). Alihkan motor ketepi. Check tangan, check lutut (kain dekat bahagian lutut terkoyak). Rasa pedih dekat tapak tangan dan lutut. Mata motor patah. Bibir motor pecah. Tengkuk motor bengkok sikit. Kesian 'dia' (maaf ye wak). Tak pasal-pasal.

Start motor, paking dekat tempat yang sepatutnya. Naik lif tingkat 7. Duduk dekat kerusi, terus baring. Tetiba rasa pening. Mungkin kesan hentakan dekat kepala (Alhamdulillah pakai helmet, tak la teruk sangat)..
itulah cik fizah! lain kali hati-hati. Jangan kelam kabut sangat. Ingat tu!

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai/menggunakan nikmat pancaindera ini. Cuma sakit-sakit sikit je.
Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. 
(HR. Muslim no. 2573).
Bersyukurlah bila ditimpa sakit atau musibah :)

3 comments:

  1. broom..broom je ye..:-) ana ada daftar blog tp smpi skang xtulis papa lagi..mcm bukan bidang ana je nak mengarang ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. ish ish..lain kali hati2 ye ukht..
    so side mirror kreta yg terlanggar tu xde pape ke? kang xpasal2 dia repot no.plat motor tu plak..hehehe

    ReplyDelete
  3. innalillah..baru ku tahu cerita sebenarnya..hehe..insyaAllah, semoga lepas ni, berhati-hati ye..jgn nak merempit-rempit dah ye.. ;)

    ReplyDelete