Photobucket

Nov 18, 2011

Adakah Ini Tangisan Yang Terakhir?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mata terasa berat. Mulut sudah banyak kali menguap. Syarifah tidak lagi mampu untuk mengulang kaji pelajaran. Esok dia akan menghadapi ujian pertengahan semester untuk subjek elektif. Tapi baru separuh revision yang dibuat. 

"Nak tidur dulu la 10 minit, sekejap lagi sambung balik", monolog syarifah dalam hati. Dia membaringkan kepala di atas tangan, sambil tangannya masih memegang pen. Laptop kesayangan yang dibeli semasa mula-mula menjejakkan kaki di universiti masih setia menemaninya.

Bang! Syarifah terjaga dari tidur. Bunyi bantal terhempas ke lantai membuatkan dia terjaga.

"Maaf ifah,bantal terlepas dari tangan saya.Sorry,sorry", Zahra meminta maaf . Zahra teman sebilik Syarifah sejak di tahun satu pengajian mereka di Universiti Islam Sarawak. Mereka berdua memang rapat. Apabila salah seorang dalam kesusahan, seorang lagi pasti setia menemani. 

Ifah tersenyum, dia berterima kasih kepada Zahra kerana telah mengejutkannya secara tidak sengaja. Kalau tidak, mesti dia sudah tertidur sampai ke pagi. Sementara Zahra sibuk membentangkan tilam. Get ready for sleep. 

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.Syarifah sudah mencuba pelbagai cara supaya matanya tidak mengantuk. Basuh muka pun sudah, tampar muka pun sudah, minum air pun sudah, tapi tidak juga berhasil. Akhirnya, syarifah melabuhkan kepala pada bantal 'love' kesayangannya. Syarifah sempat berpesan kepada Zahra supaya set kan alarm handphone pukul 2.30 pagi. Supaya dia dapat bangun semula menyambung revision yang tertangguh tadi. Akhirnya mereka berdua dibuai mimpi.

Bep..bep..bep. Alarm berbunyi. Syarifah mencapai handphone nya.
"Astaghfirullah, dah pukul 430 pagi, bagun-bangun ifah. Nanti tidak sempat nak habiskan revision", ngomel Ifah kepada dirinya. Ifah bergegas bangun dan terus ke bilik air.

Ifah sempat mengejutkan Zahra supaya bangun untuk solat sunat tahajud. Sudah menjadi kebiasaan mereka mengerjakan solat-solat sunat pada pukul 430 pagi. Tapi Zahra tidak juga bangun. Syarifah terus menghadap laptop dan membaca nota-nota basic finance. Selang beberapa minit kemudian, Syarifah mengejutkan kembali Zahra. Syarifah menepuk-nepuk lutut Zahra. Tetapi Zahra menepis. Jam menunjukkan pukul 5 pagi baru Zahra terkocoh-kocoh bangun.

Syarifah menyelak-nyelak nota-nota yang disalin semasa kuliah. Tiba-tiba terjumpa sehelai kertas berwarna hijau. "Astaghfirullah! Puan Soleha nak borang ini hari ini. Macam mana boleh lupa nak bagi dekat Zahra semalam,"bisik hati Syarifah.

"Awak, dah tidur ke?", tanya Syarifah kepad Zahra. Lepas sahaja solat subuh, Zahra terus sambung kembali tidurnya.
"Emmm", jawab Zahra
"Boleh tak isikan borang ni sekejap?Borang ni Puan Soleha nak hari ni. Saya lupa nak bagi dekat awak semalam."

Zahra berdiam diri. 

Syarifah masih menunggu jawapan dari Zahra. Lama Syarifah menunggu. Zahra pun hulurkan tangan meminta borang itu. Syarifah beri kepada Zahra. Zahra mengambil tanpa memandang wajah Syarifah. Meletakkan borang itu dihadapannya. Zahra menghempas-hempas buku yang ada di atas mejanya sambil mencari-cari pen. Hati Syarifah agak terusik. Tidak semena-mena air mata Syarifah berlinangan. Syarifah terus mencapai tuala mandinya.

Syarifah menangis sepuasnya di dalam bilik air. Hati kecilnya agak terusik dengan tindakan Zahra tadi. Bukan niatnya untuk menganggu Zahra daripada tidurnya. Banyak kali juga tindakan Zahra yang membuatkan dirinya menangis. Tapi Syarifah cuba untuk berlapang dada. Syarifah cuba untuk berlembut dengan Zahra. Tapi kali ini, Zahra betul-betul membuatkan hatinya menangis. Teresak-esak Syarifah di dalam bilik air.

"Adakah ini ujian bagi aku untuk menguji kesetiaan aku dalam bersahabat dengan nya". Tanya fah kepada dirinya. 

Ifah cuba untuk menerima Zahra seadanya. Baik dan buruk Zahra. Syarifah sangat menyayangi Zahra. Dialah sahabat nya Dunia dan Akhirat. Syarifah sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya. Bagi Syarifah, Zahra adalah anugerah untuk dirinya daripada Allah. Biar dirinya disakiti. Asalkan hati sahabatnya bahagia.


~End~

Nov 16, 2011

Monolog Pagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bep..bep..bep..Alarm clock hp klasik Aina berbunyi, lalu di capainya.
"Baru pukul 6 pagi, sambung tidur 10 minit lagi", cetus Aina dalam hati.Aina menyambung kembali tidurnya. Semalam Aina dan Aini balik dari tempat kerja dalam keadaan hujan. Sampai sahaja dirumah Aina terus tidur tanpa mandi dahulu, terlalu penat dengan bekerja seharian di gerai makanan. 

Bep..bep..bep..alarm clock berbunyi untuk kali kedua. Aina terus terjaga dari mimpi. Mencapai hp dan jam telah pun menunjukkan pukul 630 pagi. Aina bergegas bangun. Mencapai tuala dan terus ke bilik air. 
"Kenapa Aini tak kejutkan aku", ngomel Aina dalam hati.

Aini, sahabat Aina yang paling rapat sejak dari tahun pertama mereka di alam universiti. Walaupun mereka berbeza kos dan fakulti. Tapi Alhamdulillah itu bukan penghalang untuk mereka bersahabat. Aini lah satu-satunya sahabat Aina dalam berkongsi sedih, suka dan duka. Mereka berdua ni dah macam belangkas. Kemana-mana berdua sahaja. Tapi persahabatan mereka tak pernah sunyi. Ada sahaja ujian yang datang untuk menduga kesetian mereka berdua.

Dari dalam bilik, aina dah dengar bunyi bising di dapur. Bunyi batu lesung. 
"Mesti aini ni, pagi-pagi lagi dah rajin masak", kata Aina sambil tersenyum.

Aina bergegas bersiap, takut tak sempat untuk naik bas pukul 730 pagi. Terdengar kekecohan di luar.
"Aina dah bangun ke belum ni", lalu aini masuk ke bilik menjengok aina.
"owh, dah siap dah", kata aini

Aina bergegas mencapai penyangkut baju dan baldi. Terus ke halaman rumah untuk menyidai pakaian.
"Cepat Zue bersiap, nanti kena tinggal dengan bas", kata Aina kepada Zue yang baru terkocoh-kocoh untuk meng'iron' tudung.

"Ok,ok", jawab Zue.

Hari ini giliran Zue untuk membantu Aina di gerai makanan. Semalam Aini yang membantunya di gerai. Aina telah membuka satu gerai makanan di Library universiti mereka. Semester ini Aini dan sahabat-sahabat tidak tersenarai sebagai penghuni kolej, jadi mereka terpaksa menyewa di luar kawasan universiti. Disebabkan itu Aina mengambil keputusan untuk membuka gerai makanan bagi menampung kos sewa rumah dan lain keperluan.

"Makan dulu Aina, saya ada buatkan nasi goreng", kata Aini kepada Aina.
"Macam tak sempat je," jawab Aina sambil mengerling jam dinding yang sedang menunjukkan pukul 710 pagi.Perjalanan dari rumah mereka ke universiti memakan masa lebih kurang 15 minit. 

Aina terus masuk ke bilik, mencapai beg sandangnya. Aina tidak sempat untuk sarapan, terus keluar dengan perut kosong.

"Rasa-rasa, aini akan tapaukan nasi goreng untuk aku ke nanti", monolog aina dalam hati sambil mengayuh basikal. Aina ada meminta aini untuk buatkan sandwich untuk dijual di gerai makanannya. Aini akan menghantar sandwich itu sendiri ke gerai. Mungkin sambil aini hantar sandwich, dia akan bekalkan sarapan tadi untuk aina juga. Fikir aina.

Sesampai sahaja di gerai. Aina terpaksa bersihkan kawsasan di sekitar gerai. Agak berselerak dengan daun-daun kering. Semalam hujan lebat di tambah pula dengan angin yang kuat sehingga menyebabkan daun-daun kering gugur menyembah bumi. 

"Zue, awak buka gerai dan kira semua stok. Saya akan bersihkan kawasan ini". arah Aina kepada Zue.
Zue menunjukkan isyarat "OK" sambil tersenyum. Zue memang seorang yang sangat pemurah dengan senyuman.

Semua kerja sudah siap. Aina dan zue duduk sambil menarik nafas panjang.

"Mana aini ni zue, tak sampai lagi?". Tanya aina kepada zue.
"Lewat sikit kot, masa kita tinggalkan rumah tadi pun dia belum mandi lagi.Dia nak bersiap bukan nya seminit dua, berjam-jam". jawab Zue sambil ketawa. Aina hanya tersenyum.

Aina mencapai handphone klasik nya. Lalu menghantar mesej kepada Aini
"Awk, hantar sandwich pukul berapa?"
Send.

Beberapa minit kemudian ring tone mesej hp Aina berbunyi
"Jap lagi, tadi saya terus pergi kelas coz dah lambat". balas Aini

"kelas awak habis pukul berapa?" balas aina

"jap lagi, tengah tunggu untuk sign attendance" balas aini

"saya tunggu awak". balas aina

Aina dah siap-siap buatkan air untuk aini. Aina nak sarapan bersama aini di sebabkan dia tidak sempat untuk bersarapan bersama di rumah tadi.

Aini sampai di gerai dengan keadaan yang terkocoh-kocoh. Terus letak bag yang berisi sandwich di atas freezer. Tidak menegur aina yang ada tidak jauh darinya. Aina pun datang sambil tersenyum lalu menegur aini. Aini tidak peduli, sibuk mencari duit dan kertas purchase order. Aina agak terasa, tetapi cuba untuk memujuk diri. Aina berlalu dari situ dan terus ke meja makan. Berpura-pura membuat kerja. Tetapi aina sebenarnya sedang cuba untuk memujuk dirinya.

Aina seorang gadis bandar dan merupakan anak bongsu. sangat sensitif orangnya. Cepat terasa. Itulah kelemahan yang ada pada nya.Sedah puas Aina berdoa kepada Allah semoga di kurangkan sifat sensitifnya, tetapi...mungkin belum masa nya lagi.

Aini berlalu segitu sahaja tanpa sepatah kata.

Aina memandang dua gelas vico suam di hadapanya sambil beristighfar memujuk diri.
"awak tak bekalkan sy nasi goreng". monolog aina


~end~

Nov 2, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

JIKA AKU JATUH CINTA...

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,
Yang hatinya terpaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar,
Tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu.

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
Janganlah kenikmatan itu,
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat,
Di sepertiga malam terakhirmu.

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Janganlah biarkan aku tertatih,
Dan terjatuh dalam perjalanan panjang,
Menyeru manusia kepadaMu.

Ya ALLAH,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
Dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin…