Photobucket

Nov 18, 2011

Adakah Ini Tangisan Yang Terakhir?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mata terasa berat. Mulut sudah banyak kali menguap. Syarifah tidak lagi mampu untuk mengulang kaji pelajaran. Esok dia akan menghadapi ujian pertengahan semester untuk subjek elektif. Tapi baru separuh revision yang dibuat. 

"Nak tidur dulu la 10 minit, sekejap lagi sambung balik", monolog syarifah dalam hati. Dia membaringkan kepala di atas tangan, sambil tangannya masih memegang pen. Laptop kesayangan yang dibeli semasa mula-mula menjejakkan kaki di universiti masih setia menemaninya.

Bang! Syarifah terjaga dari tidur. Bunyi bantal terhempas ke lantai membuatkan dia terjaga.

"Maaf ifah,bantal terlepas dari tangan saya.Sorry,sorry", Zahra meminta maaf . Zahra teman sebilik Syarifah sejak di tahun satu pengajian mereka di Universiti Islam Sarawak. Mereka berdua memang rapat. Apabila salah seorang dalam kesusahan, seorang lagi pasti setia menemani. 

Ifah tersenyum, dia berterima kasih kepada Zahra kerana telah mengejutkannya secara tidak sengaja. Kalau tidak, mesti dia sudah tertidur sampai ke pagi. Sementara Zahra sibuk membentangkan tilam. Get ready for sleep. 

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.Syarifah sudah mencuba pelbagai cara supaya matanya tidak mengantuk. Basuh muka pun sudah, tampar muka pun sudah, minum air pun sudah, tapi tidak juga berhasil. Akhirnya, syarifah melabuhkan kepala pada bantal 'love' kesayangannya. Syarifah sempat berpesan kepada Zahra supaya set kan alarm handphone pukul 2.30 pagi. Supaya dia dapat bangun semula menyambung revision yang tertangguh tadi. Akhirnya mereka berdua dibuai mimpi.

Bep..bep..bep. Alarm berbunyi. Syarifah mencapai handphone nya.
"Astaghfirullah, dah pukul 430 pagi, bagun-bangun ifah. Nanti tidak sempat nak habiskan revision", ngomel Ifah kepada dirinya. Ifah bergegas bangun dan terus ke bilik air.

Ifah sempat mengejutkan Zahra supaya bangun untuk solat sunat tahajud. Sudah menjadi kebiasaan mereka mengerjakan solat-solat sunat pada pukul 430 pagi. Tapi Zahra tidak juga bangun. Syarifah terus menghadap laptop dan membaca nota-nota basic finance. Selang beberapa minit kemudian, Syarifah mengejutkan kembali Zahra. Syarifah menepuk-nepuk lutut Zahra. Tetapi Zahra menepis. Jam menunjukkan pukul 5 pagi baru Zahra terkocoh-kocoh bangun.

Syarifah menyelak-nyelak nota-nota yang disalin semasa kuliah. Tiba-tiba terjumpa sehelai kertas berwarna hijau. "Astaghfirullah! Puan Soleha nak borang ini hari ini. Macam mana boleh lupa nak bagi dekat Zahra semalam,"bisik hati Syarifah.

"Awak, dah tidur ke?", tanya Syarifah kepad Zahra. Lepas sahaja solat subuh, Zahra terus sambung kembali tidurnya.
"Emmm", jawab Zahra
"Boleh tak isikan borang ni sekejap?Borang ni Puan Soleha nak hari ni. Saya lupa nak bagi dekat awak semalam."

Zahra berdiam diri. 

Syarifah masih menunggu jawapan dari Zahra. Lama Syarifah menunggu. Zahra pun hulurkan tangan meminta borang itu. Syarifah beri kepada Zahra. Zahra mengambil tanpa memandang wajah Syarifah. Meletakkan borang itu dihadapannya. Zahra menghempas-hempas buku yang ada di atas mejanya sambil mencari-cari pen. Hati Syarifah agak terusik. Tidak semena-mena air mata Syarifah berlinangan. Syarifah terus mencapai tuala mandinya.

Syarifah menangis sepuasnya di dalam bilik air. Hati kecilnya agak terusik dengan tindakan Zahra tadi. Bukan niatnya untuk menganggu Zahra daripada tidurnya. Banyak kali juga tindakan Zahra yang membuatkan dirinya menangis. Tapi Syarifah cuba untuk berlapang dada. Syarifah cuba untuk berlembut dengan Zahra. Tapi kali ini, Zahra betul-betul membuatkan hatinya menangis. Teresak-esak Syarifah di dalam bilik air.

"Adakah ini ujian bagi aku untuk menguji kesetiaan aku dalam bersahabat dengan nya". Tanya fah kepada dirinya. 

Ifah cuba untuk menerima Zahra seadanya. Baik dan buruk Zahra. Syarifah sangat menyayangi Zahra. Dialah sahabat nya Dunia dan Akhirat. Syarifah sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya. Bagi Syarifah, Zahra adalah anugerah untuk dirinya daripada Allah. Biar dirinya disakiti. Asalkan hati sahabatnya bahagia.


~End~

1 comment: