Photobucket

Jul 15, 2011

Genap Setahun Pemergiannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hari ini masih lagi di beri kesempatan untuk merasai 'hari ini'. 

15 Julai 2010 adalah tarikh yang sangat menyedih bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah, sebelum pemergiannya Allah memberi kesempatan kepada ana untuk menatap dan berjasa kepada beliau.

Itulah kali pertama dan terakhir ana berbual dengan tok ayah (atuk) setelah 5 tahun tak berjumpa. Tok ayah ada bagi tahu dekat mak cik, "cucu-cucu aku dekat KL tak nak kelik ko jengok aku". Zuppp! ana terus terdiam. Ana berkata dalam hati. "Cuti sem dua bulan nant, aku nak balik kg. Jenguk tok ayah dan nenek". 

Masa ana sampai dekat kg, nenek bagi tahu tok ayah dah dua minggu tak makan (memang kurus sangat tok ayah masa tu. sedih tengok keadaan tok ayah). Dalam mulut tok ayah ada ulser. Jadi minum je boleh. Bila nak makan tak dapat. Sakit katanya.Tok ayah dah 14 tahun kena stroke (lumpuh separuh badan). Tok ayah tak pernah tinggalkan solat walaupun dia lumpuh. Masa duduk dekat hospital pun tok ayah tak tinggal solat, selalu ingatkan ktorang untuk ambil kan wudu' untuk dia.

Masa dua minggu cuti, tok ayah di masuk kan ke wad. Sebab tiub salur air kecil tok ayah tersumbat. Jadi kena tukar baru. Tok ayah tak nak pergi, tapi abah dan pak cik pujuk suruh pergi. Jadi kena la tahan dekat wad dua tiga hari. Kami anak beranak (abah, angah dan ana) bergilir-gilir jaga tok ayah kat hospital. Malam nya abah yang jaga. Pastu pagi sampai petang ana dan angah yang jaga. Siap bawa laptop lagi. Main fb. hehe. Boring ba duduk ctok. Ana dan angah sempat bergurau lagi dengan tok ayah. Angah layan tok ayah macam budak kecil. Suh minum susu. Manis sangat kenangan masa tu. Tengok tok ayah senyum. Sejuk rasa hati.

Ktorang dah nak balik semula ke KL, tapi tok ayah tak di benarkan balik lagi. Sebak nak tinggalkan tok ayah masa tu. Tok ayah menagis, coz anak sulung dia nak balik (abah ana)Tapi apa boleh buat. Kena juga balik KL. Coz selang beberapa hari lagi ana akan balik semula ke UNIMAS.

Selang beberapa hari duduk dekat UNIMAS, pak cik mesej bagi tahu tok ayah dah tak nak makan dan minum. Dah dua hari. 

15 Julai 2010 pukul 2.00 petang, pak cik mesej bagi tahu tok ayah dah tak de. Kul 3 ptg angah call bagi tahu diorang dah on the way balik kg. Time tu ana punya menangis nak ikut balik kg. Tapi angah tak bagi. Cz tak cukup duit untuk beli tiket flight ke kelantan.

Masa dekat hospital tu la first and last ana jumpa dekat tok ayah. 


Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat. Semoga tenang di sana. Amin

ismi nhmz
4.02 pm
DASwk

No comments:

Post a Comment