Photobucket

Dec 6, 2010

Hari ke-2 berkhidmat di Taska Maju IQ

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni adalah hari ke-2 ana bekerja. Tugas sebagai pengasuh taska makin bertambah. Tapi alhamdulillah menyeronokkan. Pukul 6.15 am ana dah turun ke ruang tamu. Buka gate, selak langsir, bentang tilam. Tunggu kedatangan anak-anak taska. 1st yang datang adalah Yasmeen (budak mix Malay-Chinese) patutla muka dia macam cina. Nak dipendekkan cerita, tunggu punya tunggu akhirnya semua anak-anak taska dah datang. Ada yang masih tidur. Pukul  8.00 am kejutkan mana yang tidur kemudian ajak mandi. Pukul 8.30 am sarapan pagi. Lepas sarapan kumpulkan semua di ruang tamu. Dengar diorang baca doa lepas makan, nyanyi lagu ABC, 123, alif ba tha, Jika gembira dan banyak lagi. Baca al-Fatihah, 3 Qul dan doa penerang hati. Kemudian lepaskan diorang main dekat halaman rumah. Gate kena kunci, kalau tidak nanti diorang keluar ke jalan raya. Main, main, main sampai lah pukul 1030 am. 

Lepas tu ana bercerita kat budak-budak ni tentang kisah Nabi Adam a.s. Sebelum tu kena nyanyi lagu 25 orang Rasul dulu. Sebelum ana nak bercerita pagi ni, malam tadi ana dah prepare siap-siap jalan cerita nya. Macam prepare nak bagi bahan dalam HQ la pulak. So, dalam cuti ni ada lah jugak ana 'memberi'. Alhamdulillah. Plan nya nak habiskan kisah 25 orang Rasul dalam bulan Disember ni. InsyaAllah. 

Plan lain jugak, ana nak ajar budak-budak umur 7 sampai 10 tentang solat. Dekat taska ni, mengaji di ajar tapi solat tak di ajar pulak. Memandangkan diorang ni berada di taska ini pada bulan Disember ni je. Jadi ana ambil kesempatan ni untuk ajar diorang. Tak banyak, sikit pun jadi. Bak kata seorang akhwat ni "Jika kita tak mampu nak buat semua, jangan tinggalkan semua". Ana pegang kata-kata ni sampai sekarang. Lagi satu, kata-kata ni pun buat ana sangat berhati-hati bila melakukan sesuatu perkara, "Berbuatlah sesuka hatimu di dunia ini, kelak di akhirat kamu akan dipersoalkan". Jadi, cuba ambil peluang ni untuk mentarbiah diorang. Dalam proses untuk mentarbiah pengasuh-pengasuh taska ni jugak ni.hehe. 

Tapi tadi tak berkesempatan nak ajar diorang solat. InsyaAllah, hari rabu ni akan bermula. Esok cuti, awal Muharram. Dah pesan siap-siap kat diorang bawa telekung dan pakai seluar panjang. Sambung balik cerita yang kat atas tadi, lepas je ana bercerita, dalam pukul 11.30 am diorang lunch. Macam biasa, ana kena suapkan budak-budak yang kecil-kecil ni. Lebih kurang umur 2 tahun sampai 4. Ada yang tak nak makan. Paksa-paksa pun tak nak makan jugak. Urmmm, apalah diorang ni nak suapkan pun tak nak. Kul 12 tengah hari tidur. Dengan pengasuh-pengasuh pun tidur jugak (ana pun ambil kesempatan untuk Qailulah.hehe). 

Pukul 3 diorang bangun, tengok movie cartoon. Pukul 4 diorang makan petang. Lepas tu mandi. Ana mandikan, kak Syafiza tolang pakaikan pampers. Ana tak cekap pakai kan pampers sambil budak-budak ni berdiri, kak syafiza cekap dan cepat. Nant nak belajar dengan dia la.hehe. Kak syafiza ajar diorang mengaji. Pukul 6 diorang dah tunggu parents datang ambil di ruang tamu.

Macam ni lah hari-hari tugas ana as pengasuh taska. Ada la serba sedikit yang ana belajar macam mana nak buat sesuatu dengan cepat dan tepat.

Pengalaman itu bukan dicari, tapi untuk dirasai.

1 comment: