Photobucket

Apr 25, 2011

Exam! Engkau Datang Lagi

Assalamualaikum...

Wah! dah lama ana tak post something dalam blog..maklumlah, busy dengan projek tahun akhir (ye ke cik fizah). Alhamdulillah, syukur..hari ini Allah masih lagi beri kesempatan buat ana untuk menggunakan nikmat tangan untuk menaip..

Pejam celik, pejam celik...rupa-rupanya dah tahun akhir ana sekarang...beberapa hari lagi, InsyaAllah ana bakal menduduki exam last semester..


Ana nak share beberapa tips yang harus kita amalkan apabila hampir-hampir exam ni. 

1) Baiki Hubungan Dengan Allah 
  •  Pelihara Solat Fardhu
  • Banyakkan mohon ampun daripada Allah (solat sunat taubat @ istighfar)
  • Bangun malam untuk Qiamulail
  • Solat Dhuha
  • Banyakkan doa (doakan senjata mukmin)
  • Tilawah Al-Quran 
2) Baiki Hubungan Dengan Manusia 
  • Jangan sakitkan hati orang (Kalau-kalau sebelum ni pernah buat salah segera meminta maaf)
  • Hubungi ibu ayah untuk mohon restu
3) Doa makbul
  • Hindar perut dari dimasuki benda-benda haram
  • Khusyuk & bersungguh-sungguh


Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan



Doa Memulakan Ulangkaji

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa Selepas Mengulangkaji

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.

Ketika memasuki dewan peperiksaan
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Ketika menerima kertas soalan

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab

“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Hafal jangan tak hafal =) 

~Kerana Islammu Begitu Berharga~

No comments:

Post a Comment