Photobucket

Apr 27, 2011

Kerana Dia, Aku Menangis Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Tengok tajuk, mesti semua fikir ini kisah orang yang bercouple...oh! tidak, kisah ini kisah persahabatan  yang terjadi ke atas diri seorang hamba Allah ni..nak tahu kisah nya? meh ana ceritakan..bak kata sahabat ana ni "ce citer,ce citer"(senyum).. nak cerita la ni..

Kisah ni terjadi pada 24 April 2011 (wah! siap ada tarikh lagi..cam berita la plak).. Pagi-pagi lagi dua orang sahabat ni keluar pergi jalan-jalan kat tasik..hirup udara pagi la katakan (wah! segarnya)..Balik je dari jalan-jalan, dua-dua lapar..

Cinta pun berkata "Jom kita masak bubur nasi"
Kasih balas "Masak bayank sikit, bleh makan untuk tengah hari,"

Diorang pun masak...nak di pendekkan cerita, malam pun menjelma..hehe

Si kasih ni pergi la bilik si cinta ni bagi tahu dia lapar, cinta balas "kan ada lagi bubur nasi, habis kan yang tu". Kasih jawab "tak boleh masuk la makan bubur nasi..rasa sakit dada". Cinta pun garu kepala, dalam hati berkata "pelik la kasih ni"

Cinta pun cepat-cepat bangun pergi masak nasi (sayang kan sahabat la katakan, kalau boleh semua benda dia nak buat untuk sahabat dia yang sorang ni..sweetnyer). Sementara tunggu nasi masak, diorang solat isyak dulu..Cinta pun keluar ke dapur untuk masak lauk..Check stok just ada sardin (sardin pun sardin la). 

Kasih pun keluar sambil berkata "Ada apa-apa yang boleh saya tolong"
Cinta balas "Tolong buka sardin ni" (time tu cinta tengah kupas bawang)
Kasih cakap "Tak de kuah ke"
Cinta balas "Nak kuah? buat sup nak..rencah sup ada lagi, tapi sup kosong la, kuah semata-mata"
Kasih balas"Boleh je"

Diorang pun masak..nak di pendekkan cerita lagi..hehe

Sardin dah masak, nak tunggu sup (punya la lama). KENA LA TUNGGU. Sambil tunggu, cinta pergi online jap.. Kasih tengah borak-borak ngan housemate.Lepas tu, housemate pun masuk bilik dia, sambung tengok cerita korea (kenapa lah diorang suka sangat tengok cerita korea ni). Kasih masuk bilik cinta, time tu cinta tengah download slip exam kawan dia (lama jugak nak download coz line kejap-kejap putus) KENA LA TUNGGU lagi..si kasih ni pergi la buat hal dia sendiri sambil tunggu si cinta ni siap (kalau tak silap dia pergi basuh rambut dengan limau...nak wangikan rambut..cutenyer ).

Siap pun download, alhamdulillah...tapi kena tunggu si kasih ni siap cuci rambut..KENA TUNGGU LAGI, cinta pun masuk bilik, baring-baring dulu..dalam hati berkata (ngantuk la plak, tapi lapar..cepat la kasih)..tunggu punya tunggu, kasuh tak datang bilik..cinta pun pergi la bilik kasih.. 

Cinta berkata "la, tengah melukis, saya punya la tunggu nak makan ngan awk (cinta buat muka..rasa geram)"
Kasih diam je (sabar melayan kerenah si cinta ni..)

Kasih bersuara "Dah ajak diorang makan sekali"
Cinta balas "Belum, diorang tengok cerita"
Kasih pun bangun pergi ajak housemate makan sama...Cinta makan dulu skit coz lapar sangat..maaf kasih.
Sambil makan sambil tunggu..punya la lama..KENA TUNGGU LAGI..rupa-rupanya si kasih ni join tengok cerita tu sekejap..dalam hati si cinta ni berkata "la, nak panggil, panggil je la, ni join sekali plak (geram..hati dah sakit)"

Tak semena-mena..si cinta ni pun bangun, tinggalkan nasi yang masih berbaki, cuci tangan, masuk bilik, kunci pintu, off lampu, baring atas kalit..
tiba-tiba air mata menitis..membasahi bantal LOVE (habis basah bantal tu)
mula lah si cinta ni bermonolog dengan diri dia dan Allah
"apa salah dia pada kasih","kenapa kasih buat dia macam ni","dia buat semua ni utk kasih" dan macam-macam lagi...

Kasih pun datang ketuk pintu..mintak maaf..dua kali dia datang..si cinta ni buat tak endah (hati dah terluka la katakan). Kasih hantar mesej minta maaf..dua kali..si cinta tak balas.diam seribu batu

Si cinta pun menangis sepuasnya...last-last tertidur..dalam sedu...

Esoknya,
Si cinta rasa tak sedap hati (tu la, terlalu ikutkan hati..sensitif sangat). Dia pun hantar mesej mintak maaf dekat kasih..by phone & by facebook.
seharian si cinta ni tak jumpa dengan si kasih...si kasih keluar...tak de dalam bilik..kul 10.30 mlm baru balik (dia merajuk kot)

Esoknya lagi,
pun tak jumpa juga..pagi-pagi lagi si kasih ni dah keluar...si cinta pun keluar..
malam tu, si kasih hantar surat mintak maaf (cam lawak plak)

Salam awak,
apa khabar? hmm, nak tanya, dah habis merajuk?he2x
ala..dakwat pen bak habis pulak,hisy2x..geram nye..
Awak, meh la makan cekodok yg sy buat, awak mesti lapar kan?
meh la keluar, nak tengok muka awak. Sy ketuk pintu tadi,
tapi tak dibuka..(love3x)

Habis..hehe

Doa si cinta buat si kasih

"Ya, Allah jauhi lah kami dari saling bermusuh-musuhan..satukan hati kami..rindu dan sayang kami kerana Mu ya Allah, bertemu dan berpisah kami kerana-Mu ya Allah. Semaikan lah perasaan kasih sayang kami kerana-Mu ya Allah"

Hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim "Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah daripada azab di Padang Mahsyar, salah satu daripadanya adalah DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH"

Cinta sayang Kasih kerana Allah...cinta nak kita dapat perlindungan itu..

*cinta dan kasih bukan nama sebenar...

1 comment:

  1. alhamdulillah..NHMZ sgt menyayangi sahabatmu..bagiakak dalm persahabatan ni..kita memang akan selalu mengalirkan airmata..ini kerana kita mengharapkan penghargaan dari sahabat kita..tapi kekadang kita tak dihargai..sedih..akak berpegang pada prinsip ERTI HIDUP PADA MEMBERI..biarlah kita tahu kebaikan kita..moga ada ganjaran dari allah atas apa yang kita lakukan..dan adikku NHMZ janagan pernah berhenti menyayangi sahabatmu itu..

    ReplyDelete