Photobucket

Feb 16, 2012

Demimu ku mengalah

Ainun melabuhkan punggung diatas tilam, lalu dicapainya Diari Sufi kesayanagan. Mencari-cari helaian yang kosong untuk diisi dengan luahan hatinya hari ini.

" Sufi, kenapa kali ini aku tidak dapat sabar dengan perangai dia?" Ainun menari-narikan pen di atas dada diarinya.

Ingatan Ainun kembali kepada peristiwa yang terjadi kepada dirinya.

"Selama ini, aku boleh sabar dengan 'mood tak betul' dia. Aku cuba untuk faham dia. Aku pujuk dia. Aku sapa dia. Aku tidak mahu kami terus membisu. Semuanya aku lakukan demi ukhuwwah kami. Ukhuwwah atas dasar keimanan kepada-Nya. Tapi kenapa kali ini aku tidak mampu? adakah aku ego? adakah aku sudah bosan? adakah aku tertekan?"

Ainun terus-menerus menyemburkan apa yang terkubu di hatinya di dada Sufi.

**********************************************************************************

Ainun melabuhkan punggung di kerusi makmal komputer. Seperti biasa, Ainun akan menyucikan mata dengan melayari email, facebook dan blog-blog.

Ainun melayari blog langitilahi.com. Ainun tertarik dengan cerpen "Kerana Ku Cinta Kepadanya". Khusyuk Ainun membacanya. Tidak semena-mena bergenang air mata Ainun. Kata-kata dalam cerpen itu membuatkan Ainun memuhasabah kembali dirinya dalam bersahabat.

"Ya Allah, aku cinta dan rindu akan dia ya Allah. Kembalikanlah kemesraan kami seperti dulu." Doa Ainun dalam hati.

Ainun terkesan dengan kata-kata Saidina Ali

 "Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat 
dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat
yang telah dicari..."

Ainun tidak mahu ukhuwwah yang dibina selamaya 3 tahun ini berkecai.

"Aku perlu mangalah. Demi persahabatan kami". Tegas Ainun dalam hati

Lalu di capainya telefon bimbit. SMS ditaip.

Ana rindu anti. 
Ana minx maaf, 
ana byk buat silap dekat anti

Rindunya pada sahabat hanya Allah sahaja yang tahu. Bergenang air mata Ainun.

tet..tet

SMS diterima masuk ke peti mesej telefon bimbit milik Ainun

sy br nk cll awk. 
nk ckp mf.
sob2x.sedihla

Ainun tidak dapat tahan lagi. Air mata laju mengalir membasahi pipi.



"Kita bersahabat hingga ke syurga. Bukan di dunia sahaja"

~End~

No comments:

Post a Comment