Photobucket

Sep 15, 2011

Hari Ini Hari Lahirku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Ku mengucap syukur kepada-Nya kerana aku masih dapat merasai nikmat yang paling berharga iaitu 'nyawa'. Hari ini 15 September 2011. Cuba teka hari apa? Alhamdulillah,hari ini merupakan hari kelahiranku yang ke-22. Muda lagi. hehe

Ku mohon doa dari sahabat sekalian supaya diriku dapat menggunakan nikmat usia ini dengan sebaiknya. Doakan diriku lebih tabah dalam mengharungi ujian-Nya. Aku sangat lemah bila di uji. Mudah sekali air mata ini mengalir bila di timpa musibah. Aku ingin berubah. 
Dia antara sahabat ku yang pertama menghantar mesej ucapan Selamat Hari Lahir. Jazakillahu kahairan kasiran NSAM atas doamu. Semoga kita sentiasa di bawah Rahmat Allah. InsyaAllah, ukhuwahfillah kita kan berkekalan ke akhir hayat. :)

Seorang sahabat merangkap kakak kepadaku menghantar ucapan ini. Tidak semena-mena air mata ku mengalir apabila membaca mesej itu

Hari ini ulangtahun hari lahirmu
Hari ini bertambah lagi usiamu
Hari ini jua bertambah tanggungjawabmu
Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak duri
Hari ini Allah pendekkan lagi jarakmu denganNya

Semakin berkurang tempoh amal
Semakin dekat kubur mempersiapkan tempat untukmu
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemputmu
Semakin dekat masa amalanmu dihitung
Semakin hampir haruman Firdausi dan azabnya jahanam

Jazakillahu khairan kasiran ukht JL atas peringatan ini. Ana sangat menghargainya. Seperti mengetuk ana dari lamunan.

No comments:

Post a Comment