Photobucket

Jul 23, 2011

Ujian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam mintak balik awal dengan bos sebabnya nak pergi "hospital" jengok "dia". Pergi dengan cik norm. Dalam perjalanan pulang asyik terfikirkan "dia". Teruk ke "sakit" dia. Sampaikan tersesat masa nak balik. Boleh pulak lupa jalan nak balik. Tapi alhamdulillah, jumpa jalan balik. Ikut jalan BDC. 

Terus kan perjalanan sampai ke gate ke-3 Unimas. Tunggu cik norm dekat situ. Sampai dekat "hospital" terus nampak "dia". Terkejut tengok keadaan "dia". Sedih. Jumpa "doktor" tanya keadaan "dia" macam mana.
"Doktor macam mana dengan dia?", tanya aku

"Teruk, itu "jantung" kena tukar ma", jawab Doktor

"Berapa kos tukar?", tanya aku lagi

"Dalam 300 ma", Jawab Doktor

"Astaghfirullah, mahal nya. Mana nak cari duit ni", jawab aku dalam hati

Cin norm menyampuk, "Tak pe "doktor", kita orang bincang dulu macam mana. Malam ni kita orang bagi tahu. Nak operate atau tidak".

Kami pun pulang

Cik Norm ke Masjid Unimas. Aku ke Desa Ilmu.

Dalam perjalanan nak ke Desa Ilmu, macam-macam yang aku fikirkan. Terutamanya, pasal duit. Macam mana nak dapat kan duit dalam masa terdekat ni. Tetiba air mata mengalir. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini. Ya Allah, bantu aku.

Tiba-tiba teringat kenangan masa mula-mula ambil "dia"

Ingat lagi, masa aku mula-mula ambil "dia". "Dia" dalam keadaan yan sihat. Jadi, aku ingin pulang kan "dia" semula dalam keadaan yang sihat juga. Hari itu "dia" dan aku terlibat dengan kemalangan. Aku tak teruk sangat. Tapi "dia" sangat terus. Bibir dan mata "dia" pecah. Tengkok "dia" benggok sikit. Cepat-cepat bawa "dia" ke "hospital". Alhamdulillah, dalam sehari dia dah pulih. Dah boleh pergi ronda-ronda dan pergi kerja sama-sama. 

Tapi hari khamis lepas, "dia" terbatuk-batuk masa pulang dari tempat kerja. Lepas tu terus "dia" tak dapat berjalan. Sampai lah hari ini.

Aku sangat perlukan seseorang untuk share masalah. Hanya dia dalam fikiran ku. Aku mesej dia yang aku perlukan dia saat ini. Tapi dia tak reply mesej aku. Aku hampa. Tapi aku cuba untuk bersangka baik.

Ana dapat mesej dari hamba Allah ni

Sabarlah..apabila Allah uji, ertinya Allah sayangkan hambaNya.

Dalam surah Al Baqarah:286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

No comments:

Post a Comment