Photobucket

Jul 21, 2011

Again. "He at hospital"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Seusai siap solat asar, aku terus ke pejabat. Lihat jam di dinding baru 4.50 petang. Ada 10 minit lagi nak balik. Kemas-kemas barang. Cun-cun pukul 5 petang. Tandatangan kehadiran pulang.

"Kak Ling, balik dulu", aku memberitahu bos.
"Oh, ok. Bye", Kak Ling membalas.

Hidupkan enjin motor yamaha (entah tak tahu siapa yang punya, aku pinjam je. Dah sebulan lebih aku pinjam. Tapi tak tahu siapa empunya motor ni. Pinjam guna orang tengah). Broom! Motor meluncur perlahan menuruni bukit (kena hati-hati, kalau tak boleh tergolek di buat nya. Cukuplah sekali).

Aku bawa motor seperti biasa bak minah rempit..tapi berhati-hati. Motor meluncur laju melalui Bangunan Wisma One. Selit sana, selit sini. Belok kanan, belok kiri. Akhirnya sampai di bulatan pertama menuju ke Kota Samarahan. Agak sesak sedikit. Tapi terkawal. Tetiba ada kereta Myvi berhenti di tepi jalan.

"Ada accident ke? or kereta ni rosak", aku bermonolog dalam hati.
Bromm! aku mengejar geng-geng motor yang lain. Mana la tahu, tetiba ada road block dekat jambatan samarahan. Sekurang-kurangnya tak la encik polis nampak aku. Sampai kat jambatan, alhamdulillah. Tak ada road block. aku pun apa lagi, pecut arrr. Brommmm!
Tetiba

Nak turun jambatan Samarahan, motor aku jadi perlahan

"Alahai, kenapa dengan motor ni? Minyak habis ke?", aku mengomel dalam hati.

Bagi signal ke kiri. Tup-tup motor berhenti kat tepi jalan.

"Astaghfirullah, apasal pulak motor ni", aku berkata.

Cuba matikan enjin dan hidupkan kembali. Dapat dihidupkan. Masuk gear 1. Tekan minyak.

"Aik? Apasal tak nak jalan ni", kata aku lagi.

Matikan enjin, cuba check minyak. Banyak lagi ni. Apa yang rosak.

Cuba mesej kak normah, bagi tahu motor mati dekat tepi jalan. Dapat hidup tapi tak nak bergerak.

Selang beberapa minit, Erma call.

"Motor ok ke Fizah", tanya Erma.
"Apasal berhenti tepi jalan." tanya dia lagi.

"Motor tak dapat jalan. Tapi hidup", jawab aku.

"Owh, jap ye kita pusing balik", kata Erma

10 minit kemudian, Erma sampai.

Erma, motor tetiba perlahan. Lepas tu tak dapat bergerak. Tengok ni", kata aku

Aku cuba masuk gear satu dan menekan minyak (demo kat Erma)

"Kena call mechanic ni", kata Erma

Mechanic kul 630 petang baru boleh datang.Sekarang pukul 530 petang. Sejam kena tunggu.

Nak dipendekka cerita.

Kami cuba untuk mengiringi motor ni ke bengkel yang berhampiran. Tapi tak berjaya. Aku tak pandai nak seimbangkan. Kami pun give up. Decide untuk tolak je motor ni ke bengkel. Bayangkan dari jambatan hinggalah ke round about ke-3 Samarahan baru ada bengkel. Sekejap je tolak, lepas tu dah tak larat.

Erma kata "Kalau kita tolak, sampai-sampai je dekat bengkel. Tup-tup bengkel tutup.Baik kita tunggu je la mechanic tu datang".

Kami pun tunggulah mechanic tu datang. Sambil tunggu, sambil menikmati pemandangan senja kota samarahan. Cantik. Subhanallah.Erma sempat ambil gambar. Sambil makan chips more (nampak sangat yang kami ni lapar).

Sesungguhnya ciptaan Allah S. W. T. yang sempurna mempunyai nilai estetika dan menimbulkan rasa kesenangan. Kejadian alam yang indah itu seharusnya mengingatkan manusia kepada Penciptanya dan menambahkan lagi keimanan mereka terhadap-Nya. Allah S. W. T.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.”

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”
( Qur’an  Surah Ali ‘Imran : 190 – 191)

Dah 630 petang, tapi tak juga datang mechanic ni. Kul 650 petang baru sampai mechanic ni. Alhamdulillah. 

Dia check motor.

"Ni enjin yang rosak ni, nak kena hantar bengkel. Saya tak bawa alat", kata mechanic.

"Saya bawa motor ni ke bengkel, saya bagi motor saya dekat kamu. Untuk guna pergi kerja. Malam nanti saya hantar motor ke rumah kamu".

"Ok pak cik", jawab aku dan Erma

Erma hantar aku balik ke rumah.

Tamat

Ni kali ke-dua si hijau hitam masuk hospital. Kali ni macam lebih serius. Dada "dia" sesak. Mungkin juga jantung "dia" tersumbat. Petang ni baru nak jenguk dia dekat hospital belakang Unimas. Harap-harap dia tak serius. Ada masalah sikit bab-bab nak bayar ni. hehe. Semoga Allah permudahkan.

"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (2:155)

Semoga aku kuat dalam mengharungi ujian ini.

No comments:

Post a Comment